The Only Muslimah..Puteri
Duhai Hawa...
Tuesday, 26 November 2013 • 9:14 pm • 0 comments


Percayalah..Keletihan, kerapuhan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya boleh kita lalui semua itu meskipun kedangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan air mata. Tidak mengapa, bukanlah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.


"أنت لن تكون سعيدة مع مجرد الانتقال من مكان إلى آخر ... ولكن مرة أخرى، بمعنى أن هناك في لكم أن كنت سعيدا."

"Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira" |Syaikh 'Aidh Al-Qarni|


Duhai Hawa..dirimu begitu berharga
Peliharalah dirimu dengan sebaik-baik pemeliharaan
Tebalkanlah sifat malumu yang merupakan fitrah semulajadi kejadian seorang wanita
Dan jagalah pandangan, pendengaran, percakapan, pemikiran, hati dan tingkah lakumu
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan gelombang dunia yang tiada sempadan
Jangan biarkan dirimu lemas dalam ombak dunia yang melalaikan

Sedarlah Hawa..Hidup ini hanya sementara
Hanya kepada Allah SWT kita memohon perlindungan daripada tipu daya 'musuh' yang nyata
Hanya kepadaNya lah kita menyerah diri
Semoga Allah SWT memelihara kita dengan sebaik-baikn pemeliharaan kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia yang Esa

Perempuan biarlah cantik kerana menutup aurat
Menawan kerana sopan
Comel kerana senyuman
Memikat kerana iman
Dan hebat kerana kuat


"إن العالم هو أفضل المجوهرات والمجوهرات وتحملت المرأة"

(الحديث رواه مسلم)


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”

(Hadith Riwayat Muslim)



PASTFUTURE
The Owner
[The Original Puteri Nur Alis Farisya]

Kedai Kopi


Ngomelan
La Tahzan.Assalamualaikum and welcome to my blog Puteri. Do read Do Follow. Thank You
Perpustakaan

  • 9 Ciri-ciri Wanita Solehah
  • 99 Nama Allah dan Maksudnya_Asmaul Husna
  • Doa Ketika Dalam Kesedihan
  • Bersabarlah Duhai Hati
  • The One and Only Owner

  • The Original
    Basecode : Inspirit's Baby
    Template : Alia Eyra
    Header by : Alia Eyra

    Baby Hello Kitty